Advertisement

Tambah SSD Ke PC dengan Murah – OCZ Octane

Chipset: INDILINX Everest
Cache: 512MB DDR3 RAM
Storan: 512GB
Sambungan: SATA 6Gb/s

Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 9/10
Rekabentuk: 8/10
Penggunaan: 8/10

Hasil Ujian: SSD berkapasiti tinggi yang pantas dan murah

Skor: 8.2/10

Apabila SSD mula diperkenalkan di dunia computer, ia amat mahal. Malah ia dikatakan tidak logic. Satu SSD 20GB boleh mencapai ribuan dollar (USD, bukan RM ye) hanya untuk prestasi yang laju bagi PC anda. Walaupun terlampau mahal dahulu, kini harga jatuh bagaikan stok saham. Namun apakah yang sesuai dengan orang biasa? Jawapannya adalah OCZ. Mereka adalah pelopor pasaran SSD buat satu ketika dan amat menyukai cipset SandForce. Walaupun begitu produk ini tidak menggunakan SandForce, ia menggunakan INDILINX, syarikat yang mereka baru beli. Mari kita lihat adakah ia sepantas yang dikatakan.

Harga Murah

Octane mungkin tidak direka – atau dipasarkan – bagi melawan storan menggunakan SandForce SF2281 mereka seperti Vertex 3 MaxIOPS. Ini tidak bermakna ia storan berprestasi rendah. Ia hanya satu storan murah yang berkelajuan tinggi yang dikatakan memberi rating prestasi dan kapasiti yang cukup bagus. Ini juga bermakna storan di masa hadapan dapat mencapai hingga 1TB dan tidak akan menanggung masaalah kehilangan prestasi atau harga yang tinggi. Berita baik untuk semua pengguna!

Ulasan Ujian

Kami mengugnakan PCMark 7 dari Futuremark untuk menguji bagaimana Octane berfungsi di dunia sebenar. PCMark 7 mempunyai penanda aras storan individu. Ia bukan ujian sintetik tetapi melakukan ujian prestasi berdasarkan aplikasi dunia sebenar. Tanda aras ini menguji scenario penggunaan biasa storan dan mengukur sepantas mana ia dilengkapkan di dalam aplikasi popular. Dengan kata lain PCMark 7 menunjukkan kamu kepantasan storan dari segi pandangan aplikasi.

Berfungsi apabila diperlukan

Kami mendapat 5012 markah, yang agak rendah berbanding dengan storan berdasarkan Sadforce di luar sana. Walaupun begitu, kami mendapati storan ini berfungsi dengan baik apabila ditekan. Dari memindahkan fail, ke bermain game dan juga mengedit video, Octane berada di tahap lima teratas jika kamu mahu PC kamu sepantas Speedy Gonzales.