TEKS UCAPAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN NEXTGEN EPEROLEHAN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN EP PADA 13 MAC 2013

  • Widow sues after insurance declines cancer cover after husband gets cancer
    Widow sues after insurance declines cancer cover after husband gets cancer

    GEORGE TOWN, April 25 ― A widow is suing an insurance firm here for RM2 million after it declined to pay out on her husband’s policy against cancer when he was diagnosed with the disease six months... …

  • In Malaysia visit, Obama revisits the ‘Asia pivot’
    In Malaysia visit, Obama revisits the ‘Asia pivot’

    As the excitement swells ahead of US President Barack Obama’s visit to Malaysia this weekend – if not on the closed-off streets of Kuala Lumpur then at least in the media – there’s also a burgeoning anxiety here inside the Washington beltway that the hope’n’change promised by the so-called “Asia pivot” may need some tempering during this... …

  • PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP
    PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP

    Pakatan Rakyat would have suffered devastating setbacks in Perak, Pahang, Negri Sembilan and Melacca if it had made hudud a major issue in last year’s general election, DAP advisor Lim Kit Siang said. The Gelang Patah MP (pic), who had earlier said hudud was never a vote-winner for PAS in previous elections, gave an illustration of how PR... …

  • Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully
    Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully

    The Court of Appeal today struck out the charge against Selangor's deputy speaker Nik Nazmi Nik Ahmad who was charged under the Peaceful Assembly Act for failing to give police a 10-day notice for a rally last year. A three-man bench led by judge Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof also ruled in a unanimous decision today that Section 9 (5) of... …

  • Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules
    Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules

    PUTRAJAYA, April 25 ― The Court of Appeal today unanimously ruled it unconstitutional to criminalise spontaneous public assemblies in breach of the 10-day notice required under the Peaceful... …

  • Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama
    Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama

    The Albukhary International University (AiU) in Alor Setar, Kedah has withdrawn its decision to cease operations. Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the ministry was informed of the matter by the management of AiU through a letter Wednesday. "With that decision, the matter is no longer an issue," he told reporters... …

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Timbalan Menteri Kewangan

YBhg. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

YBhg. Ketua-ketua Jabatan

YBhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

1. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmat-Nya kita dapat

berkumpul bersama di Majlis Pelancaran NextGen ePerolehan dan Anugerah

Kecemerlangan eP.

2. Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan, di atas

kesudian YB Timbalan Menteri Kewangan, yang meluangkan masa bersama-sama kami di

majlis ini. Kehadiran Yang Berhormat, bukan sahaja menyerikan majlis ini, bahkan

ia sebenarnya satu bentuk terjemahan sokongan padu Yang Berhormat kepada kami.

Terima kasih saya ucapkan.

3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih, kepada YBhg. Ketua-Ketua

Setiausaha Kementerian, dan semua ketua-ketua jabatan, kerana telah memberikan

komitmen untuk hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Unit ePerolehan,

Kementerian Kewangan. Sinergi kerjasama seperti ini, sebenarnya telah terjalin

melebihi sedekad, dalam usaha memastikan integriti dan ketelusan perolehan

Kerajaan sentiasa dikekalkan.

TRANSFORMASI PEROLEHAN KERAJAAN MELALUI ePEROLEHAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Transformasi terhadap perolehan Kerajaan, dalam usaha melonjakkan ekonomi

negara, menuntut setiap entiti melakukan usaha secara berganda. Langkah ini

adalah begitu penting, bagi memastikan kita tidak terus terperangkap, dalam

corak pendapatan sederhana. Asas yang signifikan untuk merealisasikan hasrat

ini, adalah dengan mewujudkan perspektif perolehan pintar yang lebih kondusif.

Kementerian Kewangan telah melaksanakan pelbagai pelan inisiatif, demi

memastikan kesan serta hasil yang akan dicapai, selari dan sesuai dengan

kehendak serta persekitaran semasa.

5. Kementerian Kewangan juga telah merencanakan Program Transformasi

Pebendaharaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perbendaharaan. Program ini

bertujuan untuk meletakkan Kementerian Kewangan sebagai sebuah organisasi

perdana yang berprestasi tinggi. Dengan tema “TomorRow Treasury Today”, program

ini sebenarnya adalah selaras dengan Wawasan 2020. Pelbagai aktiviti sedang

rancak dijalankan yang turut melibatkan pelbagai agensi Kerajaan. Insyaallah,

usaha sebegini akan dapat meningkatkan pencapaian Kementerian Kewangan dan

memenuhi sasaran semua stakeholder kami.

6. Walaubagaimana pun, kita amat menyedari, perjalanan mentransformasikan

perolehan Kerajaan, merupakan satu perjalanan yang panjang. Kita juga amat

maklum terhadap mobiliti ekonomi semasa, yang cukup mencabar dan bersifat

indikasi subjektif. Pencorakan budaya ketepatan dalam perolehan Kerajaan,

dilihat begitu imperatif bagi menjadikannya sebagai salah satu penyumbang utama

kepada arus pertumbuhan ekonomi negara. Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian

Kewangan telah berusaha menterjemahkan budaya tersebut melalui pelaksanaan

ePerolehan, yang merupakan satu bentuk transformasi di dalam perolehan Kerajaan.

7. Transformasi melalui ePerolehan, telah mewujudkan elemen integriti, ketelusan

dan akauntabiliti. Transformasi ini juga mampu memberikan satu kelebihan kepada

penyampaian perkhidmatan awam serta menguntungkan komuniti perniagaan.

ePerolehan merupakan salah satu inisiatif empirikal terhadap keperluan yang

dinyatakan dan berkeupayaan memantapkan keutuhan pengurusan perolehan Kerajaan.

ePerolehan juga telah berjaya mengurangkan karenah-karenah birokrasi, di dalam

usaha transformasi yang dilakukan demi melakar laluan yang lebih tersusun dan

sistematik.

TRANSAKSI MELALUI ePEROLEHAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Sebagai entiti penting dalam perolehan Kerajaan, ePerolehan mempunyai

objektif yang jelas, iaitu memudahkan urusan perniagaan dengan kerajaan serta

memperkasakan aplikasi Kerajaan Elektronik atau e-Government. Sejak ditubuhkan

pada tahun 1999, ePerolehan telah menunjukkan prestasi yang cukup

memberangsangkan dalam urusan perolehan kerajaan. Pencapaian nilai transaksi

berjumlah RM 15.48 bilion pada tahun 2012, boleh dijadikan indikator yang paling

tepat bagi mengukur prestasi pelaksanaan sistem ini. Sebagai makluman,

Kementerian Kewangan menyasarkan, sebanyak RM15 bilion transaksi melalui

ePerolehan, pada Ministry Key Result Area 2012, tetapi output yang dihasilkan,

adalah sebanyak 103%, iaitu melebihi dari sasaran ditetapkan.

9. Semenjak sistem eP dilancarkan dari tahun 1999 sehingga 2012, penggunaannya

telah meningkat dengan begitu produktif. Jumlah bilangan transaksi secara

kumulatifnya adalah sebanyak 5,737,855 yang bernilai RM62.56 bilion. Dari segi

perincian penggunaan modul-modul eP, bilangan transaksi modul Tender adalah

sebanyak 2,902 dengan nilai RM18.25 bilion, bilangan transaksi modul Sebut Harga

adalah sebanyak 10,483 dengan nilai RM2.34 bilion dan bilangan transaksi

eBidding adalah sebanyak 1,915 dengan nilai RM1.43 bilion.

10. Komuniti perniagaan juga turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama di dalam

arus perolehan elektronik Kerajaan. Sehingga Disember 2012, terdapat 110,675

pembekal telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Daripada jumlah tersebut,

76,219 pembekal adalah merupakan pembekal yang telah eP enabled. Sebanyak 40,019

pembekal mempunyai katalog dalam sistem eP yang merangkumi 520,710 katalog

produk dan 123,299 katalog perkhidmatan. Statistik-statistik ini jelas memberi

gambaran bahawa, landskap perolehan elektronik Kerajaan akan terus berkembang

dari semasa ke semasa.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PENGGUNAAN ePEROLEHAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. ePerolehan telah merencanakan pelbagai program yang meliputi agensi Kerajaan

dan pembekal untuk meningkatkan penggunaan ePerolehan. Sesi Mandatory

Handholding dan Extended Handholding, adalah antara aktiviti yang dianjurkan

kepada PTJ-PTJ yang baru berstatus eP enabled. Di dalam sesi ini, perolehan

dilaksanakan secara live-on job training, untuk memastikan pengguna-pengguna di

PTJ berkenaan lebih mahir dan cekap menggunakan sistem eP.

12. Program awareness dan latihan kepada pembekal turut dilaksanakan dari semasa

ke semasa sama ada melalui dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pembekal

dan juga taklimat pembekal melalui PTJ-PTJ berkaitan. Antara pakej-pakej latihan

yang ditawarkan adalah seperti Modul Pendaftaran Pembekal, Modul Sebut Harga,

Modul Tender, eBidding, Kontrak Pusat, Pembelian Terus dan juga perkhidmatan

mewujudkan katalog dalam sistem eP.

13. Dalam tempoh sepuluh tahun pelaksanaan eP, lebih daripada 50,000 pengguna

telah dilatih untuk menggunakan perolehan elektronik ini. Bagi tahun 2012

sahaja, Unit ePerolehan Kementerian Kewangan, telah melaksanakan lebih daripada

110 sesi latihan kepada pegawai di agensi Kerajaan dan kepada 2,994 pembekal.

Program-program yang dilaksanakan ini, secara tidak langsung, turut membantu

hasrat Kerajaan dalam memperkasakan pembangunan modal insan di dalam bidang ICT.

14. Setiap rangka perancangan yang sedang diusahakan, adalah untuk memastikan

perolehan elektronik Kerajaan menjadi metodologi yang paling strategik dan

ideal. Bagi mencapai hasrat ini, beberapa integrasi dengan sistem-sistem di

agensi Kerajaan yang lain sedang dikenal pasti. Usaha ini adalah lanjutan

daripada idea untuk memudahkan perolehan melalui single window processing yang

lebih mantap dan berkemampuan tinggi. Ini juga adalah selaras dengan hasrat

Kerajaan, untuk mewujudkan situasi “No Wrong Door Policy” dalam menyedia

perkhidmatan kepada masyarakat perniagaan.

15. ePerolehan turut menyediakan khidmat sokongan dan bantuan ke arah

meningkatkan penggunaan Sistem eP. Antara langkah yang diambil adalah dengan

membentuk satu kumpulan penyelaras, yang berperanan sebagai pemudah cara yang

paling pantas dan hampir, kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh para

pengguna di agensi-agensi Kerajaan. Kemudahan perhubungan bagi pertanyaan dan

aduan juga turut dipertingkatkan, menggunakan medium baru yang boleh dihubungi

secara 24 jam bagi memastikan setiap permasalahan pengguna dapat diselesaikan

dengan segera.

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK TERLIBAT

Hadirin yang dihormati sekalian,

16. Majlis pada malam ini juga, turut bertujuan untuk memberi penghargaan kepada

semua agensi pelaksana, yang telah memberi komitmen tinggi terhadap pelaksanaan

ePerolehan. Hasil dari usaha kolektif semua pihak, ePerolehan telah berjaya

menerima pelbagai pengiktirafan sehingga ke peringkat global. Baru-baru ini,

ePerolehan telah menerima dua anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Bronze

Award of Asean ICT 2012 dan FutureGov Award 2012.

17. Kecemerlangan yang dicipta tidak akan terlakar tanpa adanya sokongan dan

komitmen tinggi dari pihak tuan-tuan dan puan-puan. Saya ingin mengambil peluang

ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini

telah bersama-sama Kementerian Kewangan sehingga berjaya mencipta kecemerlangan

ke tahap ini. Tanpa adanya sokongan semua pihak, kejayaan ini akan lebih sukar

untuk dicapai.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

18. Sedekad ePerolehan dilaksanakan, pelbagai cabaran telah diharungi dan

pelbagai kejayaan telah ditempa sepanjang perlaksanaannya. Namun begitu, tugas

dan amanah yang terpikul ini masih lagi jauh untuk direncanakan sebaiknya.

Kementerian Kewangan amat berterima kasih dan bersyukur kerana kepimpinan negara

sentiasa menyokong dan memberi mandat kukuh untuk meletakkan ePerolehan sebagai

salah satu inisiatif strategik yang utama di negara ini.

19. Kementerian Kewangan juga sekali lagi ingin menzahirkan jutaan apresiasi

kepada semua agensi Kerajaan yang telah bersama-sama memastikan kelancaran

pelaksanaan perolehan elektronik ini. Sesungguhnya, idea dan buah pandangan

serta kesungguhan menyusun sederap usaha dari pihak agensi pelaksana adalah amat

kami hargai.

20. Saya ingin menyeru semua yang berada di sini, agar terus seiringan dengan

Kementerian Kewangan dalam merealisasikan projek ini ke arah pemacuan perolehan

elektronik unggul di dalam komuniti ekonomi global. Kita akan terus berinovasi,

merancang, dan melaksanakan pelbagai usaha ke arah perolehan Kerajaan yang lebih

mapan dan menjadikan Malaysia sebagai pemacu perolehan elektronik pintar yang

berintegriti di persada ekonomi global.

Dengan ini saya akhiri ucapan saya dengan wabilahitaufik wal hidayah,

wassalamu’alaikum w.b.r. Terima kasih.

SUMBER : Unit ePerolehan/Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDCSB)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

NAMA : En Najman Zainuddin

Strategy and Corporate Affairs

MOBIL : +016-486 7980

TEL : +603-7787 9622

--BERNAMA

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …