Telefon Dari Samsung dan HTC Akan Datang Dengan Android Standard

Di Google I/O baru-baru ini, Google telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy S4 akan dijual terus ke pengguna oleh Google, yang akan dimuatkan dengan sistem operasi Android standard. Ini akan menyenangkan hati mereka yang suka reka bentuk Galaxy S4, tetapi mahukan Android standard.

Kini HTC juga telah memperkenalkan HTC One yang akan menggunakan Android standard di dalam sebuah model One yang akan dijual tidak lama lagi. Banyak pengguna yang suka akan reka bentuk HTC One, akan tetapi tidak gemar sangat akan HTC Sense.

KLedua-dua telefon ini buat masa sekarang akan hanya boleh dibeli terus dari Google Play di Amerika Syarikat. Kita di Malaysia kena tunggu nampak gayanya.