Advertisement

Tentang Merdeka, tanpa kenangan sentimental

Rakyat perlu kekal keharmonian, kemakmuran demi kemajuan negara, kata Muhyiddin

Selamat Hari Merdeka! 57 tahun lepas, Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Malaya dan enam tahun kemudian, Malaysia terbentuk bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tahu sejarah kemerdekaan. Kalau tidak pun, banyak yang boleh dipelajari dari iklan televisyen dan rencana di suratkhabar tentang Hari Merdeka pada 31 Ogos dan tentang Malaysia.

Dan kiranya kamu tidak tahu, terdapat perbadanan berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam yang saban tahun memberi versi mereka tentang sejarah negara melalui iklan tentang Hari Merdeka.

Beginilah. Kenapa kita perlu menyorot kembali sejarah untuk menerangkan apa itu Malaysia? Mengapa kita perlu melalui perjalanan silam seperti yang ditaja syarikat minyak negara Petronas walaupun idea klip video itu berasal dari syarikat gergasi tembakau Indonesia, Dji Sam Soe? Atau klip video tentang betapa besarnya keluarga Malaysia?

Sesuatu yang menarik tentang Malaysia, ia terkenal dengan "pemandangan poskad." Semuanya nampak suci dan cantik dan semua orang tersenyum manis.

Hakikatnya, keadaan itu tidak wujud. Sebab itulah kita terus menggambarkan waktu silam.

Kerana ketika itu, keadaan kita lebih mudah dan tiada siapa cuba memandai-mandai.

Apa yang menyedihkan ialah Putrajaya dan agensi kerajaan masih terus membelanjakan sejumlah wang untuk program khas dan komersial televisyen menonjolkan imej poskad yang sempurna tentang Malaysia, tetapi tidak benar-benar mengambil langkah memastikan kita kembali ke saat-saat itu.

Kita lebih suka hidup dalam bayangan lepas, kalau kita ambil contoh iklan itu, dan berikan imej tertentu tentang negara ini kepada orang asing, tetapi tidak bagi rakyat Malaysia.

Kita lebih suka mengenang masa lalu yang indah daripada menyediakan masa depan yang indah untuk diwarisi anak-anak Malaysia.

Hakikatnya yang pasti, kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu kisah lama kecuali melalui buku sejarah kerajaan atau tayangan filem P Ramlee yang agak terhad. Iklan dan komersial yang paling sentimental hanyalah satu kreativiti dalam berkarya bagi kebanyakan mereka.

Apa yang negara ini perlukan ialah idea yang segar, bukan sahaja pada Hari Merdeka tetapi setiap hari di mana semua usahawan dan ahli perniagaan hendak memastikan yang terbaik buat Malaysia.

Apa yang kita perlukan bukan melihat kisah silam untuk mendapat idea tentang masa depan. Negara ini perlu mara ke depan bersama rakyatnya, bukan tinggal di belakang meramal masa depan.

Yang lepas sudah berlalu. Apa yang rakyat Malaysia perlukan ialah visi masa depan di mana semua manusia sama rata dan setiap idea berbaloi dicuba.

Kita tidak perlu masa silam di mana semua orang bersama demi Malaysia atau mengambil 'selfie' dan mencipta 'hashtag'.

Kita perlukan masa depan yang semua orang bersama kerana Malaysia, kerana negara ini begitu bermakna buat kita.

Selamat Hari Merdeka. Nikmati ia dengan semua orang yang kita temui. – 31 Ogos, 2014.