Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lawan Mohd Amar?

Pertandingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS mungkin berlaku pertembungan antara penyandangnya Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah walaupun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan itu.

Pertembungan antara Mohamad dengan Mohd Amar akan menyaksikan  perlawanan satu lawan satu antara kumpulan ulama dan bukan ulama.

Mohamad sudah mengesahkan sejak dari awal lagi akan mempertahankan jawatannya itu dan kempen secara rasmi juga bermula melalui Facebook apabila satu akaun "Matsabu4tp" dibuka.

Mohd Amar pula mendapat kepercayaan golongan ulama PAS untuk merebut jawatan itu dan melalui kenyataannya kepada media, beliau membayangkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Tuan Ibrahim sehingga kini masih belum membuat keputusan walaupun dikatakan lebih bersedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja kerana belum bersedia menggalas jawatan nombor dua PAS itu buat masa ini.

Beliau kini bertarung antara kehendak sendiri, pimpinan tertinggi parti atau pencalonan yang dibuat oleh pimpinan PAS kawasan di seluruh negara.

Muktamar PAS ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam dan pemilihan pucuk pimpinan utama parti akan diadakan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang kerusi presiden tanpa bertanding baru-baru ini apabila tiada pencabar dan merupakan satu-satunya calon yang layak untuk jawatan itu.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah diberi kepercayaan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.Naib Presidn PAS, Salahudin Ayub yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan hanya akan mempertahankan jawatannya sekarang dan tidak akan bertanding jawatan nombor dua parti Islam itu walaupun disahkan layak bertanding.

"Saya rasa jawatan timbalan terlalu tinggi untuk saya dan sekarang saya mempertimbang untuk mempertahankan jawatan saya saja," kata naib presiden PAS paling kanan itu berdasarkan undi tertinggi yang diperolehinya dalam pemilihan 2011 lalu.

Seorang lagi calon timbalan presiden PAS yang layak bertanding, Datuk Husam Musa juga belum membuat sebarang keputusan sehingga kini walaupun mendapat pencalonan kedua terbanyak selepas Tuan Ibrahim untuk jawatan itu.

"Sehingga kini saya belum membuat apa-apa keputusan lagi," kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Namun dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor (KLSCAH) sebelum ini, Husam bertanya kepada hadirin: “Kenapa saya perlu bertanding melawan Abang Mat," katanya merujuk kepada nama gelaran Mohamad ketika menjawab soalan hadirin apakah beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Husam menerima banyak pencalonan berdasarkan pencapaian peribadinya sebagai pemimpin PAS dan ketika menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan.

Penganalisis mengatakan, jika berlaku pertembungan satu lawan satu antara kelompok ulama dan bukan ulama, yang kalah bakal rasa terpinggir.

Jika Mohamad menang bermakna ulama akan terasa tersisih manakala jika Mohd Amar menang, sebaliknya juga akan berlaku bagi kumpulan bukan ulama.

Sehubungan itu, timbul cadangan supaya semua yang layak, kecuali Salahudin kerana sudah membuat keputusan, bertanding bagi menghormati pencalonan dibuat oleh kawasan PAS di seluruh negara.

Ini kerana, pertandingan beberapa penjuru akan memperlihatkan kemenangan sesuatu calon disebabkan populariti dan bukan kerana kelompok masing-masing. – 29 Oktober, 2013.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chief: Suspects wore GPS devices during killings Associated Press
    Chief: Suspects wore GPS devices during killings

    ANAHEIM, Calif. (AP) — Two parolees raped and killed at least four women while wearing GPS trackers, and there may be more victims, a California police chief alleged Monday. …

  • PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis The Malaysian Insider
    PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis

    The Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor has spoken out against critics of Putrajaya's handling of the Malaysia Airlines flight MH370 crisis, describing them as cowards for not providing solutions. "Don't throw stones and then hide your hands behind your back (make wild allegations). That's cowardice, don't just talk and not provide... …

  • ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit The Malay Mail Online
    ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit

    SHAH ALAM, April 15 — Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today he wished the Bible Society of Malaysia (BSM) well on its decision to move its headquarters out to Kuala Lumpur to... …