Advertisement

Tip-tip Penting untuk Windows 8 dengan Papan Kekunci/Tetikus

Tahniah. Anda kini telah memiliki versi Windows terbaru dari Microsoft. Windows 8 memberikan pengguna pengalaman yang baru dalam penggunaan sistem operasi komputer. Oleh kerana ianya pengalaman baru, cara penggunaannya juga bertukar.

Windows 8 lebih kepada penggunaan sentuhan, jadi banyak daripada cara pengendaliannya lebih kepada menyapu jari jemari anda di skrin. Walaubagaimanapun, Ianya masih sebuah sistem operasi daripada Microsoft – jadi terdapat pelbagai cara untuk mengakses fungsi-fungsi tertentu Windows 8.

Di sini kami ingin memberi beberapa tip-tip penting anda perlu simpan berdekatan anda untuk rujukan anda.

Cara mengakses Charms dengan Tetikus:

  1. Gerakkan kursor anda ke bucu kanan atas atau bawah skrin anda

  2. Klik fungsi di Charm yang dikehendaki

Di sini ada video yang menunjukkan macam mana untuk mengaksesnya:

Cara mengakses aplikasi Windows 8:

  1. Gerakkan kursor ke bucu kiri atas

  2. Bar pilihan akan muncul, dan aplikasi boleh diakses.

Cara untuk melihat jam di mode Metro:

  1. Gerakkan kursor ke bucu kanan

  2. Jam, jangkahayat bateri dan juga kekuatan signal WiFi akan terpapar.

Di sini kami juga ingin memberikan senarai kunci-pantas untuk kegunaan anda di dalam Windows 8:

Windows key Akses Start Screen Metro. Anda juga boleh mencari aplikasi/fail dengan terus menaip – seperti di dalam Windows 7

Windows key + B Tukar ke Desktop Windows klasik.

Windows key + C Akses menu Charms untuk menukar tetapan sistem

Windows key + D Tukar ke Desktop Windows klasik.

Windows key + E Lancar Windows Explorer

Windows key + F Lancar menu carian Metro

Windows key + H Buka panel Perkongsian Metro

Windows key + I Buka panel Tetapan (Settings) untuk menukar tetapan aplikasi yang digunakan, menukar kadar volum, rangkaian wayarles, menutup sistem ataupun menukar kadar kecerahan sistem

Windows key + J Menukar fokus diantara dua aplikasi Metro

Windows key + K Buka panel Peranti (Devices)

Windows key + L Mengunci sistem dan terus ke skrin Kunci

Windows key + M Meminimakan semua aplikasi di Desktop

Windows key + O Menetapkan orientasi peranti (landskap/protret)

Windows key + P Memilih diantara skrin yang tersambung ke sistem

Windows key + Q Melancarkan skrin Carian Metro App

Windows key + R Melancarkan aplikasi Run di Desktop klasik

Windows key + X Melancarkan Start Menu

Windows key + Y Mengimbas ke Desktop untuk seketika

Windows key + Z Membuka App Bar untuk aplikasi yang sedang digunakan

Windows key + Page Up/Down Menggerakkan Live Tile ke kiri/kanan

Windows key + Tab Membuka menu penukaran aplikasi – untuk menukar diantara aplikasi yang sedang digunakan

Windows key + , (comma) Aero Peek ke Desktop

Windows key + Space Menukar bahasa sistem dan aturcara papan kekunci

Windows key + Enter Melancarkan Narrator

Windows key + 1...10 Melancarkan aplikasi yang di-pin ke Taskbar di Desktop

Ini adalah sebahagian daripada kunci-kunci pantas yang boleh digunakan di dalam Windows 8. Anda boleh cuba kesemua kunci-pantas ini, dan diharap ianya dapat membantu anda untuk menggunakan sistem operasi terbaru Microsoft ini.