Tonton Media Prima Melalui Samsung SMART TV

Peneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton.

Tonton menyediakan perkhidmatan TV secara catch-up untuk kandungan pelbagai saluran TV, portal online serta stesen radio milik Media Prima Berhad. Antaranya termasuklah TV3, ntv7, 8TV, TV9, Gua TV, Fly TV, Hot TV, One TV, myMetroTV serta pelbagai lagi. Aplikasi TV Tonton turut membolehkan pengguna Samsung SMART TV mengakses ke capaian pustaka filem dan program TV di Tonton.

Bersempena dengan pelancaran ini juga, Tonton menawarkan tontonan PERCUMA untuk beberapa drama hebat dari Tonton Premium sehingga 31hb Ogos 2013. i samping itu, pengguna Samsung Smart TV berpeluang melanggan perkhidmatan ‘TV Everywhere’ menerusi aplikasi ini. Pengguna boleh menonton siaran langsung untuk empat saluran TV - TV3, ntv7, 8TV dan TV9 secara “live streaming”.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung SMART TV dan aplikasi TV Samsung, layari www.samsung.com/my atau laman sosial Facebook di https://www.facebook.com/samsungmalaysia.

Akses kandungan yang boleh ditonton menerusi aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV di www.tonton.com.my. Layari Tonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet untuk mendaftar akaun anda hari ini! Pendaftaran adalah PERCUMA.