Advertisement

Trinity akan memacu pasaran AMD di Malaysia

Beberapa model terbaru pemproses dari AMD, diberi kod nama Trinity akan mula sampai di Malaysia beberapa bulan lagi. APU terbaru ini adalah senjata terbaru AMD untuk bersaing dengan Intel di dalam dunia pemproses micro, dan dari pandangan pertama, ia mempunyai masa hadapan yang cerah

Alex Tan, Pengurus Negara bagi AMD Malaysia telah datang untuk menceritakan tentang hala tuju syarikat ini, dan berkongsi yang AMD sekarang menyertakan perisian yang dioptimumkan bersama dengan produk mereka sebagai satu pakej penuh. Bagi binaan OEM Dan ODM yang melibatkan CPU baru AMD akan datang, ia akan mempunyai perisian yang telah ditun secara spesifik bagi memberikan prestasi terbaik APU tersebut. Salah satu fungsi yang terbesar adalah Dynamic Switchable Graphics, di mana grafik dalaman dan juga diskrit boleh di set dalam mod Dual Graphic dan ditukar antara satu sama lain, dan jika perlu, bekerja bersama – sama untuk memproses data yang berat. Tapi itu bergantung dengan kerja yang sedang dijalankan oleh keseluruhan sistem.

Tan juga memperkenalkan keseluruhan produk terbaru AMD, A10, A8, A6 dan A4, yang akan muncul di Malaysia beberapa bulan lagi. Menurut beliau, A10 dan A8 akan muncul di pasaran dalam awal bulan November.

Bagi mereka yang lebih berani, AMD juga memperkenalkan siri FX baru mereka. Platform ini direka bagi membolehkan pengguna menggodek bahagian dalaman dan juga fungsi overclocking.