Tukang cuci terkejut jumpa pistol dalam pam tandas hospital

ALOR SETAR, 27 Mei (Bernama) -- Seorang tukang cuci sebuah hospital swasta di Sungai Petani terkejut apabila terjumpa sepucuk revolver jenis Smith & Wesson .38 special mengandungi enam butir peluru dalam tandas hospital itu, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata pistol berkenaan dipercayai milik seorang pesakit lelaki yang dimasukkan ke wad hospital itu untuk rawatan demam denggi pada kira-kira 2 pagi hari sama.

Beliau berkata penemuan oleh tukang cuci wanita berusia 40 tahun itu berlaku selepas seorang pesakit mengadu tidak dapat mengepam tandas pada kira-kira 8 pagi.

Baca juga: Bekas pesakit mental didakwa bunuh nenek

"Tukang cuci itu cuba mengepam tandas beberapa kali tetapi gagal lalu membuka penutup tangki air dan terkejut apabila mendapati sepucuk pistol tersangkut pada penarik pam air," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Abdul Ghafar berkata tukang cuci itu memaklumkan penemuan pistol berkenaan kepada pihak pengurusan hospital, yang kemudian menghubungi polis.

Beliau berkata seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira enam jam sebelum itu didapati menghilangkan diri selepas pistol itu ditemui.

Siasatan polis mendapati lelaki itu terbabit dalam satu kes cubaan membunuh dan melepaskan tembakan pada tahun lepas, selain memiliki sembilan rekod jenayah membabitkan kesalahan samun, dadah, memiliki senjata api, pecah rumah dan ekor haram, katanya.

Baca juga: Padah cuba samun polis, lelaki ditembak mati di Petaling Jaya

Abdul Ghafar berkata sehubungan itu, polis menjejaki Yeoh Choon Wah, 35, nombor kad pengenalan 780902-07-5221 dan alamat terakhirnya ialah Nombor 21, Lorong Beringin 1, Taman Beringin, Sungai Petani.

Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Tay Boon Keong di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 012-3284 837 atau mana-mana balai polis terdekat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Berat) 1971.

-- BERNAMA

IAN ZAJ SBB

Baca juga: Warga emas maut jatuh dari jejambat, motosikal dirempuh kereta
Baca juga: Kronologi kes pembunuhan Sosilawati

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily news updates.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …