Ugutan bakar Bible Ibrahim Ali untuk pertahankan Islam, kata Putrajaya

Lessons that Nancy Shukri is teaching Malaysians

Putrajaya mempertahankan tindakan Datuk Ibrahim Ali yang pernah membuat ugutan membakar kitab Bible berbahasa Melayu apabila menyatakan presiden Perkasa itu tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

Menteri di Jabatan Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Syukri ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata ugutan itu hanya ditujukan kepada individu tertentu yang menyebarkan Bible versi bahasa Melayu Jawi.

"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.

"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan bertulis Parlimen itu.

Menurut Nancy, oleh kerana itu, tiada pendakwaan dilakukan terhadap Ibrahim.

Dalam soalan di Dewan Rakyat semalam, Lim meminta perdana menteri menjelaskan mengapa presiden Perkasa itu tidak didakwa mengikut Akta Hasutan berikutan ugutannya membakar Bible.

Laporan polis dibuat terhadap Ibrahim dan beliau dipanggil untuk direkod keterangan, tetapi tiada tindakan susulan.

‎Lim turut bertanya bila Putrajaya akan memansuhkan Akta Hasutan seperti dijanjikan perdana menteri.

‎Nancy berkata,Putrajaya kini dalam proses rundingan bagi menentukan hala tuju yang akan diambil berkenaan Akta Hasutan.

‎Beliau berkata, setiap pendakwaan di bawah Akta Hasutan masih berkuat kuasa sehingga ia dimansuhkan.

‎Katanya lagi, jumlah pendakwaan mengikut Akta Hasutan pada Januari hingga September adalah sebanyak 12 kes.

"Untuk 2013, sebanyak 8 kes dilaporkan, dan antara 2009 hingga 2011 hanya satu kes dilaporkan," katanya. – 8 Oktober, 2014.