UKRAINE: SEBUAH NEGARA MUDA BERPOTENSI BESAR

  • Hijacked plane forced to land at Bali airport, says report

    A hijacked Virgin Blue flight has landed at Indonesia's Bali airport, according to Reuters quoting Indonesia's Metro TV. MORE TO COME]]> …

  • Obama to meet Bersih, Islamic Front leaders
    Obama to meet Bersih, Islamic Front leaders

    United States President Barack Obama will meet with leaders of Malaysian civil society movements, including those from the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih), Islamic Renaissance Front and the Bar Council during his visit to Kuala Lumpur this weekend. …

  • Two criminal systems already exist, Gerakan told

    PAS legal bureau chairperson Mohamed Hanipa Maidin was responding to Gerakan's legal notice yesterday to challenge the former's intention to submit a Bill in Parliament to implement hudud law in Kelantan. "Gerakan's allegation outlined in the notice to PAS, that implementing hudud would result in the existence of two systems of criminal justice in the country is, with due respect, an allegation that is rash and baseless. Hanipa ( right ) said "for Gerakan's information", two criminal justice …

  • Selangor set to end water rationing next week

    The Selangor menteri besar expects to lift water rationing for the state and Kuala Lumpur by next week if current efforts to pump fresh water from mining ponds continue to prove successful. "We can declare the rationing discontinued next week if these conditions prevail," MB Abdul Khalid Ibrahim told a press conference in Klang today. He said as of today, eight pumps were drawing 400 million litres per day (MLD) of fresh water from alternative sources to help fill the drying Sungai Selangor …

  • 'Court decision on PAA a victory for all Malaysians'

    Human rights defenders welcomed the Court of Appeal's landmark decision which ruled Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act 2012 (PAA), punishing citizens who do not give 10 days' notice before they hold an assembly, to be unconstitutional, but cautioned that there were still some more kinks to be ironed out. Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen said that given the Court of Appeal's decision, those previously charged in lower courts over the Black505 rally and other …

  • Water price to go up 20% in Penang
    Water price to go up 20% in Penang

    Penangites can expect to pay 20% more for water under new tariff rates proposed by the state’s water operator. However, PBA Holdings Bhd chief executive officer Jaseni Maidinsa said despite the 20% increase for domestic consumers and 18.8% for trade consumers, the rates remain the lowest in the country. He said the proposed average domestic... …

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ukraine muncul sebuah negara yang

membanggakan di kalangan negara dunia selepas usaha intensif selama dua dekad

bagi mengubah ekonomi negara dan memperkukuh struktur kerajaannya.

Negara muda yang berusia 21 tahun pada Jumaat, terus menunjukkan pembangunan

ekonomi yang mapan meskipun krisis kewangan global, menurut kenyataan

dikeluarkan Kedutaan Ukraine sempena hari kemerdekaan negara berkenaan.

Menurut Kedutaan itu, kestabilan politik negara itu turut mencipta iklim

pelaburan yang baik, sekaligus menyediakan peluang bagi memodenkan ekonominya,

membantu memperkenal teknologi terkini, membina kilang baru dan mewujudkan

peluang pekerjaan.

Toleransi antara agama dan saling hormat-menghormati di kalangan lebih 130

bangsa dan kumpulan etnik dengan berbeza latar belakang budaya dan agama

termasuk Islam, telah membentuk sebahagian daripada kehidupan generasi baru

Ukraine, kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai hubungan antarabangsa, kedutaan itu menegaskan bahawa

Ukraine mengekalkan hubungan baik dengan semua negara-negara di dunia dengan

menyebut Malaysia sebagai contoh.

-- LAGI

UKRAINE-KEMERDEKAAN 2 KUALA LUMPUR

Kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-20 jalinan hubungan tahun ini

dengan kedua-duanya terus menikmati hubungan yang mesra. Malaysia juga antara

negara pertama mengiktiraf kemerdekaan Ukraine daripada Kesatuan Soviet pada

1991.

Sejak beberapa tahun lalu, kerjasama Ukraine-Malaysia menunjukkan kejayaan

terutamanya dalam bidang perdagangan dan ekonomi dengan Ukraine muncul sebagai

satu daripada pengimport terbesar di dunia bagi minyak sawit Malaysia dan

terbesar di Eropah Tengah dan Timur, kata kedutaan itu.

Lima bulan pertama tahun ini menyaksikan dagangan dua hala kedua negara

berkembang 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dengan nilai

RM1.05 bilion dengan eksport berjumlah RM783 juta dan import yang ditetapkan

RM267 juta.

Ukraine dan Malaysia juga berkongsi kerjasama baik dalam bidang pendidikan

tinggi dan sehingga kini 2,200 pelajar Malaysia menamatkan pengajian dari

universiti Ukraine.

Bagi meningkatkan bidang pelancongan, kerajaan Ukraine mempermudah prosedur

visa bagi rakyat Malaysia dan turut memulakan proses rundingan bagi membolehkan

pemansuhan sebahagian daripada keperluan visa rakyat Ukraine untuk memasuki

Malaysia.

Satu draf perjanjian yang sesuai untuk membuat perubahan ini sudah di

peringkat akhir kelulusan, menurut kedutaan itu sambil berharap perjanjian itu

dapat ditandatangani pada 2013.

-- LAGI

UKRAINE-KEMERDEKAAN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Bagaimanapun, pencapaian paling ketara bagi negara ini yang mempunyai 46

juta penduduk adalah kejayaan menjadi penganjur bersama Poland bagi acara akhir

Kejohanan Bola Sepak Eropah atau EURO 2012, tahun ini.

Peminat bola sepak antarabangsa termasuk rakyat Malaysia berpeluang menonton

kejohanan akhir EURO 2012 bermula dari 8 Jun hingga 1 Julai lalu. Kejohanan itu

ditonton oleh 150 juta peminat bola sepak di seluruh dunia, manakala 1.5 juta

peminat bola sepak membanjiri stadium di Ukraine bagi menonton perlawanan.

Ukraine membelanjakan lebih US$5 bilion pada kejohanan itu dengan sebahagian

besarnya disumbangkan pelabur asing dan domestik, kata kenyataan itu.

Dengan menjadi penganjur EURO 2012, Ukraine berjaya melenyapkan banyak mitos

negatif tentang negara itu dan turut mengagumkan peminat bola sepak antarabangsa

melalui makanan, hospitaliti dan jenaka yang baik, menurut kedutaan itu.

-- BERNAMA

IAMS FR INE FR RAM NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • 'Smaller' size keeps women loyal to men: Study IANS

    A team of researchers from the US and Kenya found that there was a strange link between the size of the penis and infidelity in a marriage. Contrary to what many men may assume, they found that men with bigger penises are more likely to have wives who cheat on them. …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …