Windows 8.1 Bakal Hadir Dengan Start Button

Untuk mereka yang rindu akan butang Start dari versi Windows terdahulu, anda pasti tertanya-tanya mana perginya butang ini di dalam Windows 8. Microsoft telah mendengar aduan pengguna dan akan memperkenalkan semula butang ini dalam versi naiktaraf Windows yang seterusnya – Windows 8.1.

Beberapa fungsi lain juga akan diperkenalkan di dalam Windows 8.1- termasuklah fungsi untuk meletakkan gambar kesukaan anda sebagai gambar latarbelakang untuk Start Menu. Selain dari itu, Microsoft juga akan mula menggunakan Bing sebagai enjin pencarian di dalam Windows 8.1.

Versi Windows ini akan diberikan secara percuma untuk pemilik lesen Windows 8. Versi beta untuk perisian ini akan dilancarkan tidak lama lagi untuk mereka yang mahu mencubanya terlebih dahulu.